"Hmm.. Pagi yang cerah !" gumam hati kecil Lili Aryanna. "Lili, mari tolong ummi jap !"jerit umminya, Puan Khadijah dari arah dapur. "Aku lagi yang kena.. Kak Liana tak buat apa-apa pun !" bentak Lili dalam hati. "Lili, marilah kejap !" jerit Puan Khadijah lagi. "Alah ummi ! Suruhlah Kak Liana pula.. Asyik Lili je !"marah Lili. "Alahai, bukan susah pun. Tolong buat air kejap untuk sarapan nanti !"balas Puan Khadijah. "Hmm, malaslah ummi ! Lili nak mandi kejap.. Suruhlah Kak Liana !"jerit Lili sambil mengapai tualanya yang tersidai elok di tempat penyidai di dalam biliknya. "Aduh budak ni ! Mula dah tu ! Cari alasan nak mandi . Tadi tak nak mandi !" bebel Puan Khadijah.. Lili Aryanna seorang remaja yang berumur 13 tahun .. Dia degil dan malas tetapi bijak.. Bila orang suruh buat sesuatu, ada sahaja alasanya. "Ummi, Lili nak keluar jap !"jerit Lili yang baru selesai mandi. "Nak pergi mana tu ? Tak keluar tak boleh ke ? "kata Puan Khadijah dengan lemah lembut. "Alah, ummi ni ! Sudah lah , Lili keluar dulu.. Assalamualaikum !" jerit Lili lantas berlari keluar.
"Lili !!" jerit Puan Khadijah
BERSAMBUNG,
#harap maaf jika cerita ni tak best
#cerita ni sampai part 7
#nanti ada masa saya sambung
Sambunglah....best
ReplyDelete