Thursday, 24 October 2013

Sinopsis "Ummi maafkan Lili ya "

Lili Aryanna, seorang budak yang baru menginjak ke alam REMAJA. Berusia 13 tahun . Seorang yang PEMALAS dan DEGIL.. Juga, keras kepala orangnya ! Puan Khadijah, ummi Lili Aryanna terpaksa menahan kerenah anak bongsunya itu selepas kematian suaminya 3 tahun lepas akibat kemalangan jalan raya.. Anaknya yang pertama, Leesya Adeena, 20 tahun yang sedang belajar di UiTM Shah Alam .. Jarang sekali anak sulungnya itu pulang ke rumah .. Anak kedua, Liana Arini, 17 tahun.. Sifat Lili yang tidak habis dengki dan cemburu kepada kakaknya , Liana memikir bahawa umminya lebih menyayangi kakaknya itu ..
Suatu hari dia keluar dan nyaris sahaja di culik oleh 3 orang pemuda dan di selamatkan oleh kawan yang baru di kenalinya, Syasya Aqisha, 12 tahun.. Syasya kelihatan bersifat lebih matang dari Lili.. Syasya memberi nasihat kepada Lili dan tanpa di sedari sesuatu insiden yang tidak di sangka berlaku kepada Lili ! Apakah yang berlaku kepada Lili ? Nantikan cerita ini hingga Part 7

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...